Sejarah Penubuhan Pekida


Latar Belakang PEKIDA MALAYSIA
Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 10hb. Mei 1983, Nombor Pendaftaran 146/83 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan 1984 yang beralamat di No. 5A Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman iaitu Ibu Pejabat yang sekarang.
Bagi memudahkan segala bentuk urusan dan menambah keberkesanan keseluruhan pentadbiran, maka pada awal tahun ini, Ibu Pejabat PEKIDA MALAYSIA telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di alamat : 69E, 4A Bangunan KOBENA, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.
Pada tahun 1997, Pertubuhan telah meluluskan keahlian baru seramai 1,995 orang dan tahun 1998 seramai 958 orang sahaja. Jumlah ahli yang berdaftar setakat 31hb. Dis 1997 ialah seramai 14,295 orang dan pada 31hb. Dis 1998 ialah seramai 15,253 orang. Sehingga Hari ini PEKIDA telah mendaftarkan kira-kira 50,000 orang ahli.

Halatuju Pekida Malaysia


Hala Tuju
Aktiviti PEKIDA semenjak ditubuhkan hanya berkisar kepada aktiviti kekeluargaan seperti kenduri kendara, kematian dan sebagainya. Tiada program khusus diatur untuk membangunkan pendidikan maupun ekonomi secara legal dan teratur. Oleh itu tidak ramai ahli-ahli yang mendaftar secara rasmi walaupun mengaku bersama-sama dalam perjuangan itu.
Dengan era baru kepimpinan PEKIDA MALAYSIA, pelan pembangunan 5 tahun telah dirangka untuk menyahut seruan kerajaan agar NGO memain peranan membangun masyarakat melalui dasar-dasar negara yang telah dirangka.
Untuk itu Koperasi PEKIDA BERHAD (KOPEM) dan Yayasan PEKIDA telah ditubuhkan. Bagi tujuan penyebaran maklumat dengan kaedah terkini, Laman Web PEKIDA didaftar dan dilancarkan di samping Buletin Bulanan PELITA PEKIDA yang sedang dirangka.
Segala program tersebut tidak akan dapat bergerak sekiranya tiada kefahaman mendalam di kalangan ahli. Untuk itu satu modul dan program yang tersusun sedang dirangka untuk mendidik ahli pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat sesuai dengan kemampuan masing-masing. PEKIDA MALAYSIA bertekad untuk menjadi penyumbang terunggul kepada pencapaian dasar serta wawasan kerajaan ke arah Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang melalui pengeluaran Sumber Daya Manusia yang bersemangat waja, berakhlak, beramanah dan beriman untuk disalurkan ke dalam bidang pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan contoh di peringkat dunia.
Untuk mencapai hasrat itu, satu unit khas telah ditubuhkan iaitu UNIT R&D, LATIHAN DAN PERHUBUNGAN AWAM. Unit ini berfungsi untuk mengkaji segala punca masalah dan kelemahan dalam Pertubuhan dan berusaha ke arah pembangunan dan pembaikan. Ia juga berperanan mendidik ahli melalui kelas mingguan dan ceramah umum dan berusaha mengadakan perhubungan dengan pihak Media, Ahli Politik, badan-badan NGO serta kerajaan sebagai agen perhubungan awam Pekida Malaysia.

MISI DAN VISI PEKIDA MALAYSIA
1. Kami berikrar dengan bersungguh-sungguh untuk mendukung hala tuju baru PEKIDA Malaysia.
2. Kami berjanji mematuhi peruntukkan perlembagaan sebagai dan menjadi ahli yang berdaftar dan terus berusaha mencapai objektif pertubuhan supaya menjadi sebuah organisasi Melayu yang terulung.
3. Kami akan bergiat secara aktif dalam bidang ekonomi yang menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara. Menyokong aktiviti meningkatkan pemilikan harta melalui Yayasan PEKIDA Malaysia. Meningkatkan pendapatan dan keuntungan dari perniagaan dalam Koperasi PEKIDA Bhd.
4. Kami terus mempergiatkan kerja-kerja kebajikan dikalangan ahli-ahli PEKIDA Malaysia.
5. Kami berusaha menimba ilmu yang memberi manfaat sesuai dengan keperluan negara bagi menjadi masyarakat yang berilmu dan bermaklumat, kreatif, inovatif dan mempunyai pemikran kelas satu.
6. Kami komited untuk menyediakan tabung bagi membiayai aktiviti pelaburan, perniagaan, ikuiti dan pendidikan.
7. Kami berusaha bersunggu-sungguh untuk menyuburkan semangat perpaduan dikalangan ahli dan juga perpaduan nasional bagi menjamin kehidupan yang makmur, bahagia dan sejahtera

Thursday, June 18, 2009

LAYANAN SAMA RATA

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.
Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?
Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.
Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.
Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.
Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........
Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?

No comments:

Post a Comment